Friday, October 16, 2009

Student Or Mechanic?





Erm.. alhamdulillah, today I got solved a problem. A part of lab work for master. about 3 weeks masa terpaksa diposponedkan gara-gara masalah machine yang amat melecehkan. Di samping menjadi student, aku juga perlu jadi mekanik. hahaha, mekanik untuk machine aku sendiri. You have problem with your machine or equipment, you must solve it yourself. Motto yang diterima pakai di tempat aku. Biarpun berangan supaya technician yang dapat settlekannya, tapi tetap kena buat sendiri. So, pandai2 lah menggunakan tenaga orang disekitar untuk selesaikannya. Actually doing postgraduate either master or phD is a long journey yang perlu dilalui student macam aku untuk mencapainya.

It also same like our life journey. That is just a part of our lifetime towards akhirat. Thanks a lot to my supervisor yang sanggup turun padang sama-sama dengan aku baiki machine tu sampai berpeluh-peluh. Biarpun dia kata "emi, ni bukan kerja perempuan" tapi aku kena belajar buat juaga walaupun sebelum ni tak biasa dengan skru, allen key and bla..bla tu. After this, aku juga kena concern dengan maintanance alat tu. So, the must powerfull word to say is SABAR.

A lot things I learned in the postgrade journey :

1) Sabar..sabar..sabar
2) Jangan sombong, try to help each others walaupun foreigners. Because one day kita juga perlu pertolongan orang lain
3) Mingle with others. Get contact.
4) Learn a new knowledge everyday.
5) get well organize. Have schedule work and commit with that. Part ni paling susah nak maintance. that's why ramai yang selalu drag waktu grade untuk master or Phd.

And banyak lagi yang perlu belajar dan lalui. It's same with your life. Samada kita nak ambil ia sebagai pengajaran atau pun tidak. Make your experience everyday significant to your life.

Wednesday, October 7, 2009

Sayangkan isteri tinggal..tinggalkan..



" Nak tanya, yamin pernah keluar outstation tak, awak kena duduk sorang2 rumah?" tanya sahabatku tetiba-tiba suatu petang.
" Oh, biasa sebab itu memang kerja dia.sekurang-kurangnya satu kali sebulan, 2,3 hari ke atau lebih.... biasanya kalau lama kena outstation, saya ikutlah..heheheh"Jawabku bersahaja.Daripada lirik wajahnya seolah nak memberitahu sesuatu yang terbuku dalam hati. Akhirnya terpacul dibibirnya,
" Saya rasa bosanlah, sebab tak de teman nak borak, nak sembang bila husband tak de".

Luahan sahabatku menyentuh hati ini, rindu agaknya. Luahannya mengambarkan pengorbanan hatinya untuk kebaikan menuntutnya sabar dan sabar dan bersabar. Sahabatku ini harus berkorban jiwa dan perasaannya semata merelakan suami pergi mencari rezeki dan dalam masa yang sama berkhidmat untuk ibu-bapa yang telah tua di tempat yang nun jauh dan juga perjuangan dakwah di Pulai Pinang. Si Suami perlu tinggalkan si isteri yang sedang pulun menghabiskan master thesis di Serdang.

Bila dah kahwin, banyak kemungkinan dan faktor yang perlu diambil kira. kat mana suami dan isteri nak kerja, faktor keluarga yang memerlukan bantuan, faktor belajar, kewangan dan banyak lagi. Segalanya memerlukan perancangan dan penelitian yang mana terbaik dan penyerahan pada ALLAH. Ingat Pesan Murabbi kami, "sayangkan isteri tinggal..tinggalkan dengan perjuangan", kerana itu akan lebih mematangkan kita dalam erti rumahtangga dan kasih sayang.

Jangan bersedih sahabatku, kerana ini adalah salah satu tarbiyyah daripada ALLAH untuk kita lebih memahami hakikat hidup sebagai penguat perjuangan suami. Hanya secebis jika dibandingkan dengan mujahidah di bumi Palestin sana.

" Bersabar ye, nti," itu sahaja ungkapan yang dapat ku lafazkan. Malam ini hubby juga akan meninggalkanku seketika lepas waktu kerja ke Bagan Pinang. Moga derapan kakimu ke medan perjuangan merupakan derapan kaki ke syurga. Amin.

Update Blog Ini

Assalamualaikum,

Lama dah tinggalkan blog ni tidak terisi dengan coretan. Kesian pulak. Erm, pentingnya mind setting terhadap kenapa perlu kepada bina blog ini sebelum buat blog, kalau negative, maka hasilnya juga negative, begitu sebaliknya. Apa yang anda fikirkan itulah tindakan anda. hehehe, mungkin sekadar teori saya. Pelbagai sebab manusia membina blog dalam alam maya antaranya:

1) sebagai diari kehidupan, semua yang berlaku dalah hidup hari in dicatatkan dalam blog...
2) sebagai tempat meluahkan buah fikiran dan pendapat
3) sebagai medan propaganda
4) sebagai medan dakwah, lebih kurang dengan propaganda (bagi saya) kerana dakwah itu juga sebahagian daripadanya adalah propaganda supaya minda manusia sedar dan faham akan tujuan sebagai insan di bumi ini.
5) sebagai tempat melepaskan rindu keluarga, teman2 dan sebagainya sebab melalui blog boleh tengok gambar dan baca coretan.
6) sebagai tempat untuk menganalisis siapa,apa,bagaimana blogger tersebut.
7) sebagai tempat informasi
8) sebagai tempat promote barang
9) dan lain2....

Apa pun sebab membina blog, jadikan ia medan bermanfaat untuk diri,agama dan semua orang yang membacanya..

Moga cebisan ini bermanfaat untuk akal berfikir.