Wednesday, October 7, 2009

Sayangkan isteri tinggal..tinggalkan..



" Nak tanya, yamin pernah keluar outstation tak, awak kena duduk sorang2 rumah?" tanya sahabatku tetiba-tiba suatu petang.
" Oh, biasa sebab itu memang kerja dia.sekurang-kurangnya satu kali sebulan, 2,3 hari ke atau lebih.... biasanya kalau lama kena outstation, saya ikutlah..heheheh"Jawabku bersahaja.Daripada lirik wajahnya seolah nak memberitahu sesuatu yang terbuku dalam hati. Akhirnya terpacul dibibirnya,
" Saya rasa bosanlah, sebab tak de teman nak borak, nak sembang bila husband tak de".

Luahan sahabatku menyentuh hati ini, rindu agaknya. Luahannya mengambarkan pengorbanan hatinya untuk kebaikan menuntutnya sabar dan sabar dan bersabar. Sahabatku ini harus berkorban jiwa dan perasaannya semata merelakan suami pergi mencari rezeki dan dalam masa yang sama berkhidmat untuk ibu-bapa yang telah tua di tempat yang nun jauh dan juga perjuangan dakwah di Pulai Pinang. Si Suami perlu tinggalkan si isteri yang sedang pulun menghabiskan master thesis di Serdang.

Bila dah kahwin, banyak kemungkinan dan faktor yang perlu diambil kira. kat mana suami dan isteri nak kerja, faktor keluarga yang memerlukan bantuan, faktor belajar, kewangan dan banyak lagi. Segalanya memerlukan perancangan dan penelitian yang mana terbaik dan penyerahan pada ALLAH. Ingat Pesan Murabbi kami, "sayangkan isteri tinggal..tinggalkan dengan perjuangan", kerana itu akan lebih mematangkan kita dalam erti rumahtangga dan kasih sayang.

Jangan bersedih sahabatku, kerana ini adalah salah satu tarbiyyah daripada ALLAH untuk kita lebih memahami hakikat hidup sebagai penguat perjuangan suami. Hanya secebis jika dibandingkan dengan mujahidah di bumi Palestin sana.

" Bersabar ye, nti," itu sahaja ungkapan yang dapat ku lafazkan. Malam ini hubby juga akan meninggalkanku seketika lepas waktu kerja ke Bagan Pinang. Moga derapan kakimu ke medan perjuangan merupakan derapan kaki ke syurga. Amin.

No comments: