Wednesday, October 7, 2009

Update Blog Ini

Assalamualaikum,

Lama dah tinggalkan blog ni tidak terisi dengan coretan. Kesian pulak. Erm, pentingnya mind setting terhadap kenapa perlu kepada bina blog ini sebelum buat blog, kalau negative, maka hasilnya juga negative, begitu sebaliknya. Apa yang anda fikirkan itulah tindakan anda. hehehe, mungkin sekadar teori saya. Pelbagai sebab manusia membina blog dalam alam maya antaranya:

1) sebagai diari kehidupan, semua yang berlaku dalah hidup hari in dicatatkan dalam blog...
2) sebagai tempat meluahkan buah fikiran dan pendapat
3) sebagai medan propaganda
4) sebagai medan dakwah, lebih kurang dengan propaganda (bagi saya) kerana dakwah itu juga sebahagian daripadanya adalah propaganda supaya minda manusia sedar dan faham akan tujuan sebagai insan di bumi ini.
5) sebagai tempat melepaskan rindu keluarga, teman2 dan sebagainya sebab melalui blog boleh tengok gambar dan baca coretan.
6) sebagai tempat untuk menganalisis siapa,apa,bagaimana blogger tersebut.
7) sebagai tempat informasi
8) sebagai tempat promote barang
9) dan lain2....

Apa pun sebab membina blog, jadikan ia medan bermanfaat untuk diri,agama dan semua orang yang membacanya..

Moga cebisan ini bermanfaat untuk akal berfikir.

No comments: