Thursday, February 4, 2010

Rindu makan..makan...


mangsa untuk kena 'pau' ni...heheheh..senyum..senyum..

tunggu sunset ni......menanti perut diisi...

3 sekawan...masa muda2 dulu...


Kini...masing-masing dengan life tersendiri...namun kami tetap sahabat macam dulu

aik..fikir apatu?....jauh merenung


oit...sape makan bersepah-sepah ni...amboi kulit ketam penuh kat dia...heheheh

sedap nye..hingga menjilat jari...hukhukhuk...

inilah hasilnya selepas menjadi habuan kami...heheheh



tui..dia.. inilah pemenang pada malam itu..makan terbanyak....tengok semua lauk kat pinggan dia.....

Lately, rasa rindu pada teman-teman, rindu pada detik-detik itu... erm, nak jumpa dan lepak sambil bincang macam2 isu..about life,family dan perjuangan..... erm, argh..duit gaji belum masuk...jadi terpaksa hold dulu sampai masuk duit gajinye...kuhkuhkuh...




Selamat Hari Lahir


For my dear little nephew Aisya Sofea Najmuddin
(1 Februari 2005)

My lovely sister Juwita Ros Jusoh
(3 Februari 2010)

and

My kindly sister in law Anisah Ayoub
(3 Februari 2010)

We love you all.. Emi and yamin always pray for your success in your life and after life.

Friday, October 16, 2009

Student Or Mechanic?





Erm.. alhamdulillah, today I got solved a problem. A part of lab work for master. about 3 weeks masa terpaksa diposponedkan gara-gara masalah machine yang amat melecehkan. Di samping menjadi student, aku juga perlu jadi mekanik. hahaha, mekanik untuk machine aku sendiri. You have problem with your machine or equipment, you must solve it yourself. Motto yang diterima pakai di tempat aku. Biarpun berangan supaya technician yang dapat settlekannya, tapi tetap kena buat sendiri. So, pandai2 lah menggunakan tenaga orang disekitar untuk selesaikannya. Actually doing postgraduate either master or phD is a long journey yang perlu dilalui student macam aku untuk mencapainya.

It also same like our life journey. That is just a part of our lifetime towards akhirat. Thanks a lot to my supervisor yang sanggup turun padang sama-sama dengan aku baiki machine tu sampai berpeluh-peluh. Biarpun dia kata "emi, ni bukan kerja perempuan" tapi aku kena belajar buat juaga walaupun sebelum ni tak biasa dengan skru, allen key and bla..bla tu. After this, aku juga kena concern dengan maintanance alat tu. So, the must powerfull word to say is SABAR.

A lot things I learned in the postgrade journey :

1) Sabar..sabar..sabar
2) Jangan sombong, try to help each others walaupun foreigners. Because one day kita juga perlu pertolongan orang lain
3) Mingle with others. Get contact.
4) Learn a new knowledge everyday.
5) get well organize. Have schedule work and commit with that. Part ni paling susah nak maintance. that's why ramai yang selalu drag waktu grade untuk master or Phd.

And banyak lagi yang perlu belajar dan lalui. It's same with your life. Samada kita nak ambil ia sebagai pengajaran atau pun tidak. Make your experience everyday significant to your life.

Wednesday, October 7, 2009

Sayangkan isteri tinggal..tinggalkan..



" Nak tanya, yamin pernah keluar outstation tak, awak kena duduk sorang2 rumah?" tanya sahabatku tetiba-tiba suatu petang.
" Oh, biasa sebab itu memang kerja dia.sekurang-kurangnya satu kali sebulan, 2,3 hari ke atau lebih.... biasanya kalau lama kena outstation, saya ikutlah..heheheh"Jawabku bersahaja.Daripada lirik wajahnya seolah nak memberitahu sesuatu yang terbuku dalam hati. Akhirnya terpacul dibibirnya,
" Saya rasa bosanlah, sebab tak de teman nak borak, nak sembang bila husband tak de".

Luahan sahabatku menyentuh hati ini, rindu agaknya. Luahannya mengambarkan pengorbanan hatinya untuk kebaikan menuntutnya sabar dan sabar dan bersabar. Sahabatku ini harus berkorban jiwa dan perasaannya semata merelakan suami pergi mencari rezeki dan dalam masa yang sama berkhidmat untuk ibu-bapa yang telah tua di tempat yang nun jauh dan juga perjuangan dakwah di Pulai Pinang. Si Suami perlu tinggalkan si isteri yang sedang pulun menghabiskan master thesis di Serdang.

Bila dah kahwin, banyak kemungkinan dan faktor yang perlu diambil kira. kat mana suami dan isteri nak kerja, faktor keluarga yang memerlukan bantuan, faktor belajar, kewangan dan banyak lagi. Segalanya memerlukan perancangan dan penelitian yang mana terbaik dan penyerahan pada ALLAH. Ingat Pesan Murabbi kami, "sayangkan isteri tinggal..tinggalkan dengan perjuangan", kerana itu akan lebih mematangkan kita dalam erti rumahtangga dan kasih sayang.

Jangan bersedih sahabatku, kerana ini adalah salah satu tarbiyyah daripada ALLAH untuk kita lebih memahami hakikat hidup sebagai penguat perjuangan suami. Hanya secebis jika dibandingkan dengan mujahidah di bumi Palestin sana.

" Bersabar ye, nti," itu sahaja ungkapan yang dapat ku lafazkan. Malam ini hubby juga akan meninggalkanku seketika lepas waktu kerja ke Bagan Pinang. Moga derapan kakimu ke medan perjuangan merupakan derapan kaki ke syurga. Amin.

Update Blog Ini

Assalamualaikum,

Lama dah tinggalkan blog ni tidak terisi dengan coretan. Kesian pulak. Erm, pentingnya mind setting terhadap kenapa perlu kepada bina blog ini sebelum buat blog, kalau negative, maka hasilnya juga negative, begitu sebaliknya. Apa yang anda fikirkan itulah tindakan anda. hehehe, mungkin sekadar teori saya. Pelbagai sebab manusia membina blog dalam alam maya antaranya:

1) sebagai diari kehidupan, semua yang berlaku dalah hidup hari in dicatatkan dalam blog...
2) sebagai tempat meluahkan buah fikiran dan pendapat
3) sebagai medan propaganda
4) sebagai medan dakwah, lebih kurang dengan propaganda (bagi saya) kerana dakwah itu juga sebahagian daripadanya adalah propaganda supaya minda manusia sedar dan faham akan tujuan sebagai insan di bumi ini.
5) sebagai tempat melepaskan rindu keluarga, teman2 dan sebagainya sebab melalui blog boleh tengok gambar dan baca coretan.
6) sebagai tempat untuk menganalisis siapa,apa,bagaimana blogger tersebut.
7) sebagai tempat informasi
8) sebagai tempat promote barang
9) dan lain2....

Apa pun sebab membina blog, jadikan ia medan bermanfaat untuk diri,agama dan semua orang yang membacanya..

Moga cebisan ini bermanfaat untuk akal berfikir.

Thursday, September 18, 2008

Bererti sebuah perkahwinan

Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.

”Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik. Firman Allah:
“Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (An-Nahl: 97)
Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran. Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan.

“Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah . “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).

Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”. Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.
Allah menjelaskan,

“Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi.

“Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih. Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama.

“Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan

Lembaran Permulaan




Assalamualaikum,




A New start from us. A little bit sharing about new life which we confront now. A Life to build 'bait al-Muslim' towards ALLAHs' love. May ALLAH help us to discover along this path.. ameen